Dashboard | +Follow
Like A Paradise
TUTORIAL: How To Reset Your Huddle Yes Modem
Tuesday, April 12, 2016 • 2:46 AM • 0 comments

Assalamualaikum.

Seperti tajuk diatas, hari ini Farah nak tunjuk ajar cara-cara macam mana nak reset balik modem hampa semua. Disebabkan Farah pun pernah mengalami masalah yang sama, hampir-hampir seminggu tak boleh guna internet, guna mobile data saja. Mula tu Farah ingatkan atas faktor kelewatan bayar bil, modem Farah tak berhenti berkelip-kelip. Farah pergi jumpa orang yang urus pasal Yes yang terdekat dengan kolej Farah, akak tu suruh reset balik nama modem tu, mungkin ada silap kat mana-mana. Malam tu Farah cuba nak tukar nama, guna data, tapi laman 192.168.1.1 tu tak berfungsi, stated yang connection timed out. Farah cuba called Yes Careline tu, tapi macam biasalah, dia suruh kita tekan nombor sekian sekian, memang susah la kan sebab kita semua dah pakai smartphone. Then Farah pergi bilik kawan, waktu tu memang dah give up sangat, pastu mujur la kawan Farah tu tolong ikhtiarkan jugak. Okay, jom Farah bagitau hampa macam mana nak selesaikan masalah ni.

1. Tekan selama 30 saat dekat butang power modem hampa tu. Hampa buat la kiraan sampai 30 saat tu tak kira macam mana sekali pon. Nanti lampu tu akan terpadam sendiri DAN dengan sendirinya modem tu akan on/menyala balik lampu-lampu tu. 

2. Connect dengan internet Yes hampa tu, JANGAN cuba-cuba guna mobile data, memang TAKKAN menjadi, Farah dah cuba. 

3. Search 192.168.1.1 inshaa Allah, laman tu akan ok, dia akan naik macam ni



Haa, bila dah sampai kat part ni, hampa kena isi dalam ruangan kosong tu. Hampa kena taip 'admin', ikut apa yang dia suruh tu. 

4. Bila dah login, dia akan naik macam ni




Haa waktu ni, hampa isi laa yes ID hampa yang hampa tengah guna, maksudnya yang semasa, pastu masukkan password ID hampa kalau Farah tak silap la, kalau tak boleh jugak, hampa guna password untuk My Account. Farah pon tak berapa nak ingat dah sebab waktu buat tu, Farah dengan kawan main try ja, lanyak ja apa yang ada haa. Jangan lupa tekan next nah wahai cik abang, kakak, adik-adik sekalian.

5. Dan perkara terakhir, bila dah tekan next tu, dia akan jadi macam ni


Kat sini hampa boleh laa nak ubah hampa punya name huddle tu ka, ataupun nak tetapkan, takmau ubah apa-apa, bergantung kat hampa lah naa. Pastu yang password tu, password untuk connect WiFi, maksudnya password Wi-Fi hampa laa, jangan susah-susah sangat nanti hampa akan ter-confuse dengan password My Account la apa la. Macam Farah senang ja, letak ja nama mak abah, senang ingat. Hehe.

Okay rasanya ok dah tu kot. Tutorial ni Farah buat dengan kawan and then Farah refer balik dekat  https://www.yes.my . Kalau ada apa-apa, boleh drop komen kat chatbox tepi tu, just klik ja important pastu ada chatbox kan, komen ja apa-apa yang hampa nak. Kalau Farah tau, Farah akan cuba reply naa. Terima kasih melawat!



Photo: credits to https://www.yes.my





with love, dreamer



Demoiselle

she walks with the Universe on her shoulders and made it look like a pair of wings



« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board


[!] IMPORTANT [!]


Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : FARAHANA ROSHDI
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google